Thursday, July 30, 2009

[Program Kecemerlangan Pelajar UPRS SK. Sg Kajang]

Program Kecemerlangan Pelajar UPRS telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Sungai Kajang, Simpang Lima, Batu Pahat, Johor bertarikh 6 hingga 8 Februari 2009.Program ini dikelolakan oleh jawatankuasa pelajar tanpa asrama iaitu, Idham Shukri B. Ishak sebagai pengarah programyang merupakan pelajar tahun 2 Fakulti Pendidikan Teknikal.Tuan Haji Ali bin Suradin telah merasmikan telah merasmikan program pada sebelah petang Jumaat di dewan Sk. Sg. Kajang

Objektif Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar UPSR ialah untuk memberi bimbingan dan motivasi ke arah pembelajaran cemerlang kepada pelajar untuk berjaya dalam pelajaran, Memperkenalkan JKPTA khasnya dan UTHM amnya kepada masyarakat dan sekolah dan Mempertingkatkan keterampilan pelajar SK Sungai Kajang.

Bertemakan ” “Sahsiah Terjulang Akademik Terbilang”,telah disertaikan oleh pelajar tahun 6 Sek. Keb. Sungai Kajang seramai 40 orang pelajar dan 20 orang fasilitator bagi menjalankan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK).Selain LDK aktiviti yang turut dilaksanakan semasa program adalah ceramah,motivasi,sukaneka, gotong royong serta bacaan Yassin yang dijayakan oleh semua pelajar dan ajk yang terlibat.

Dengan adanya program ini juga, ianya dapat memupuk dan mengeratkan silaturrahim sesama insan. Selain itu, diharapkan agar program ini akan dapat meningkatkan lagi hubungan baik antara pihak UTHM khususnya, dengan Sek. Keb. Sg. Kajang. Program ini juga diharapkan agar dapat membantu para pelajar JKPTA untuk mengenali sekolah yang akan menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka apabila menamatkan pengajian kelak. Selain itu juga, program ini juga diharapkan agar dapat membantu pihak SK Sg. Kajang untuk memperkenalkan sebuah lagi IPTA di Malaysia, iaitu UTHM kepada para pelajar mereka, sekaligus dapat meningkatkan lagi minat para pelajar untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.







[Naib Canselor]

Tahniah Dan Selamat Datang Naib Canselor Baharu UTHM

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kedua berkuatkuasa 16 Oktober 2008. Beliau merupakan Mantan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS).Pelantikan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin ini adalah mengisi jawatan Naib Canselor UTHM yang dikosongkan Mantan Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Haji Ismail.

[Pengenalan]

Jawatankuasa Pelajar Tanpa Asrama (JKTA) Universiti Tun Hussien Onn Malaysia merupakan jawatankuasa yang disertaikan oleh pelajar yang tinggal di luar asrama.Objektif penubuhan JKPTA bertujuan menggalakkan mahasiswa beraktiviti dan menambah daya kreativiti mereka.Selain itu melahirkan mahasiswa yang berkebolehan dalam segala bidang bukan tertumpu kepada bidang akademik semata-mata.3.2 Sebagai satu saluran kepada mahasiswa bersosial secara sihat dan menghindari pekara negatif kepada mahasiswa.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin