Tuesday, August 25, 2009

[Malam Lailatur Qadar]



Keutamaannya sangat besar, karena malam ini menyaksikan turunnya Al Quran Al Karim yang membimbing orang-orang yang berpegang dengannya ke jalan kemuliaan dan mengangkatnya ke derajat yang mulia dan abadi. Ummat Islam yang mengikuti sunnah Rasulnya tidak memasang tanda-tanda tertentu dan tidak pula menancapkan anak-anak panah untuk memperingati malam ini (malam Lailatul Qodar/Nuzul Qur’an, red), akan tetapi mereka bangun di malam harinya dengan penuh iman dan mengharap pahala dari Allah.

Inilah wahai saudaraku muslim, ayat-ayat Qur’aniyah dan hadits-hadits Nabawiyyah yang shahih yang menjelaskan tentang malam tersebut

Sunday, August 23, 2009

[Kelebihan Solat Sunat Terawih]

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W. sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan RAmadhan:

Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 – diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 – berseru Malaikat di bawah ‘Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 – memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AL-Quran.
Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih seperti mana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 – Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 – Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 – Allah swt tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 – Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 – Seru Malaikat: Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19 – Allah swt tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.
Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).
Malam 23 – Allah swt binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.
Malam 24 – Allah bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 – Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 – Allah swt kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 – Allah swt kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 – Allah swt beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:


“Hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’”.

Thursday, August 20, 2009

[Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak]




Ahlan wasahlan ya Ramadhan Al-mubarak.20 Ogos 2009 bersamaan 1 Ramadhan 1430 bermulalah ibadah puasa dalam rukun Islam yang menjadi kewajipan bagi semua umat Islam di seluruh dunia.Mewakili Jawatankuasa Pelajar Tanpa Asrama mengucapkan Selamat Menyambut Al-Mubarak.Diharapkan semua merebut peluang kesempatan bulan yang mulia yang mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Jawatankuasa Pelajar Tanpa Pelajar akan mengadakan program sempena bulan Ramadhan 1430.Antaranya ialah program bubur lambuk yang akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat oleh Biro Kerohanian dan Etika Jawatankuasa Pelajar Tanpa Asrama

Saturday, August 15, 2009

[Program Motivasi Sg. Layar II ]




Program Motivasi Sg. Layar II ini adalah merupakan kesinambungan daripada program Sg.Layar I yang diadakan pada tahun yang lalu. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan suntikan Motivasi kepada Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sg.Layar, Sungai Petani, kedah khususnya kepada pelajar-pelajar tingkatan lima yang bakal menghadapi peperiksaan Sijil Penilaian Menengah pada tahun ini. Pihak Kelab Kejuruteraan elektrik dan Pelajar Tanpa Asrama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah bergandingan bahu dalam usahasama menjayakan program ini. Seramai 40 orang telah terpilih untuk mengikuti program ini dan dipecahkan kepada justifikasi tugas masing-masing

Seramai 100 orang pelajar Spm SMK sungai Layar telah menjalani program motivasi ini. Modus Operandi utama program ini adalah untuk memberikan motivasi dan suntikan semangat kepada pelajar-pelajar untuk persiapan mereka menjalani peperiksaan Spm kelak disamping para Fasilitator berkongsi pengalaman mereka mengenai cara pembelajaran mereka ketika masih dibangku sekolah lagi. Harapan kami adalah mengharapkan kepada pelajar-pelajar SPM sekolah ini dapat mendapat keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan Spm supaya curahan ilmu kami ini adalah tidak sia-sia. Sekian..

Monday, August 10, 2009

[Majlis Konvokesyen Kelapan]

Majlis Konvokesyen Kelapan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia telah diadakan pada 8,9 dan 10 Ogos 2009 bertempat di Dewan Tunku Ibrahim Ismail.Penaja utama Konvokesyen Kelapan ini ialah Kutech dan Bank Muamalat.

Bersempena dengan pesta konvokesyen,terdapat banyak program yang dijalankan bagi memeriahkan lagi suasana.Antaranya ialah Pertandingan Kucing Comel yang berlansung pada 8 Ogos 2009 bertempat F2 bawah dan merupakan anjuran Kelab Kaunseling dan Kerjaya UTHM.Bertempat di Padang Golf,gerai-gerai jualan ditempatkan bagi menjual produk dan selain mempromosi agensi-agensi yang terlibat.Ia bertujuan untuk menarik nimat para pelajar untuk melibatkan diri dalam usahawan..

Di samping itu,Konsert Ambang Merdeka RTM diadakan pada sebelam malam 8 Ogos 2009 yang melibatkan kerjasama RTM Johor yang membariskan artis popular iaitu Nana,Achik,Ramlah Ram,Farah AF2,Zahid AF2 dan Jay Jay.Berlansung selama 2 jam dari pukul 8.30 malam sehingga 10.30 malam dan dihadiri oleh pelajar dan para penduduk yang berhampiran.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin