Sunday, September 20, 2009




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN



DARIPADA:JAWATANKUASA PTA

Tuesday, September 15, 2009

[Sambutan Majlis Berbuka Puasa]

24 Ramadhan 1430 bersamaan 14 September 2009,berlansungnya Majlis Berbuka Puasa Pelajar Tanpa Asrama Bersama Y.Bhg. Dato` Naib Canselor UTHM yang diadakan perkarangan Kolej Kediaman Kelisa UTHM.Dihadiri oleh hampir 500 pelajar kolej kediaman dan juga para pelajar yang tinggal kediaman luar.Sambutan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara staff U serta para pelajar UTHM dan juga berkongsi pendapat dan masalah yang berkaitan.Majlis bermula pada pukul 6 petang ini dihadiri oleh Dato` Naib Canselor UTHM,Pengetua-pengetua Kolej kEdiaman serta felo-felo JPTA.






Thursday, September 10, 2009

[Organisasi Biro Informasi Dan Penerbitan]

Penaung/Penasihat
Puan Anizam Bt mOhamed Yusof

Ketua Biro Informasi Dan Penerbitan
Umaymah Bt Alamin

Timbilan Biro Informasi Dan Penerbitan
Mohd Hafiz Bin Mat Saad

Setiausaha
Mashitah

Bendahari
Nor Aini Bt Ahmad

Eksekutif Blog
-Jalil Bin Saari-
-Nor Aini bt Ahmad-
-Muhd Faizan Bin Jantan-
-Mohd Fahmi Bin. Mohamad Zaid-
-Siti Meryam Bt Zulkifli-

Eksekutif Buletin
-Mohd Zulhilmi Bin Mohd Fuad-
-Mohd Yusuf Bin Hassan-
-Abdul Akmal Hakim Bin Sarkam

Eksekutif Papan Tanda & Informasi
-Ahmad Izzudin Bin Ya-
-Che Hasnan Bin Che Ismail-
-Mohd Azlan Bin Yaacob-



Saturday, September 05, 2009

[Program Ziarah Mahasiswa Luar Kampus ]







Program Ziarah Mahasiswa Luar Kampus
Tema : " Tangan Dihulur Ukhwah Terjalin"

Program Ziarah Mahasiswa Luar Kampus ini adalah sebagai salah satu usaha yang dilakukan bagi merapatkan ukhwah antara pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan Pelajar Tanpa Asrama.

Selain itu, Program ini adalah salah satu alternatif yang diambil untuk lebih mendekati dan mengetahui realiti sebenar permasalahan Pelajar Tanpa Asrama ini, untuk terus dibantu dan dijaga kebajikan.

Maklumat program adalah seperti berikut:
Tarikh: 29-30 Ogos 2009
Masa: 2.00-ptg-6.00 ptg
Tempat: Kawasan Kediaman Pelajar Tanpa Asrama
Anjuran : Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM
Kerjasama : Jawatankuasa Pelajat Tanpa Asrama

Friday, September 04, 2009

Ibadat pertingkat keperibadian umat

Berpuasa berfungsi bukan hanya sebagai ritual rutin yang harus dilaksanakan menurut Rukun Islam, malah lebih daripada itu, ia memiliki suatu kaedah dalam rangka membangunkan kualiti keperibadian umat Islam yang unggul dan berkeperibadian tinggi.

Proses pembinaan mental dan keperibadian dalam Islam bersifat berterusan dan tidak mengenal istilah berhenti. Sebenarnya jika diteliti, ibadat dalam Islam ini adalah proses berterusan iaitu pendidikan sepanjang hayat.

Proses ini dimanifestasikan dalam amalan solat lima kali sehari, puasa sebulan pada Ramadan dan ritual tahunan, ibadah zakat dan terakhir ialah ibadah haji yang dikerjakan sekali seumur hidup.

Proses pendidikan semacam ini yang diterapkan Rasulullah SAW telah membawa kejayaan besar umat Islam sehingga membina sebuah peradaban. Kewajipan berpuasa ini terlihat kepada Firman Allah SWT : "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa." (QS Al-Baqarah: 183).

Dalam Islam, kualiti yang ingin dicapai daripada berpuasa adalah takwa. Ini adalah kualiti tertinggi yang dapat diraih manusia sebagai hamba Allah. Tidak ada kualiti yang lebih mulia dan lebih tinggi daripada itu.

Oleh itu perintah berpuasa dalam Islam ditujukan kepada orang beriman. Mengapakah unsur iman di sini menjadi ukuran utama. Ini kerana tidak seperti ibadah ritual yang lain, puasa memiliki unsur 'kerahsiaan' yang sangat kuat.

Puasa adalah ibadat yang sangat peribadi dan ia adalah hubungan sangat khusus antara hamba dengan Tuhannya. Ini kerana yang ditujukan adalah iman seseorang, keyakinannya pada perintah Tuhan yang mewajibkan ke atasnya berpuasa.

Selama seseorang menjalankan puasa dengan penuh kesedaran dan keyakinan, maka kita akan mengikuti syarat tidak makan dan minum serta perilaku lainnya yang dapat membatalkan puasa. Mengapa kita bersusah payah tidak minum dan lapar serta mengikuti segala peraturannya?

Meskipun tidak ada seorang pun yang tahu, apakah seseorang itu benar-benar berpuasa atau tidak, seseorang umat Islam yang berpuasa itu sedar bahawa ada yang Maha Tahu yang mengawasi dia.

Dalam berpuasa, individu Islam itu menahan dirinya untuk tidak melakukan sesuatu yang 'halal'. Logiknya individu Islam itu menahan diri daripada sesuatu yang halal saja apalagi terhadap yang haram.

Lima perkara rosakkan pahala puasa

Perkara yang boleh menghilangkan pahala puasa seseorang boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu Hissiyyah (jelas dan diketahui umum) dan Maknawiyyah (tidak disedari). Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Lima perkara yang merosakkan pahala puasa seseorang".

1 Menipu - ia satu daripada sifat orang munafik. Nabi SAW ditanya adakah wajar bagi seorang dikatakan pengecut? Jawab Nabi SAW: Ya. Adakah wajar dikatakan kedekut? Jawab Nabi SAW: Ya. Adakah wajar dikatakan penipu? Maka Nabi SAW menjawab: Tidak.

2 Mengumpat - iaitu menyebut keburukan seseorang pada waktu ketiadaannya. Bagi mereka yang bersama-sama di dalam majlis itu juga dikira dosa. Firman Allah SWT kepada yang menyebut keburukan orang lain bermaksud: "Sanggupkah kamu memakan daging saudaramu sendiri (Al-hujurat: 12).

3 Saksi palsu - Ia boleh mengubah yang benar menjadi salah, begitu juga sebaliknya .Tatkala Nabi SAW ditanya mengenai sebesar-besar dosa di sisi Allah SWT. Nabi menjawab: Syirik (menyengutu Allah), derhaka kepada kedua orang tua. Ketika itu Nabi SAW berbaring lalu bangun dan berkata: "Berhati-hati dengan saksi palsu". Sehingga sahabat yang bertanya berkata: " Alangkah baiknya jika kami tidak bertanya".

4 Sumpah dusta - Iaitu bersumpah dengan nama Allah SWT sedangkan dia mengetahui itu adalah dusta semata-mata. Sumpah inilah yang menggoncangkan Arash Allah SWT. Sumpah dusta akan menghancurkan rumah tangga, harta benda dan keturunan (Maksud hadis). Nabi SAW menceritakan bahawa Nabi Isa AS melihat seorang lelaki mencuri lalu bertanya kepadanya: "Kenapa kamu mencuri? Lelaki itu menjawab: "Demi Allah aku tidak mencuri". Apabila Isa AS mendengar lelaki tadi bersumpah dengan nama Allah, maka nabi Isa AS menjawab: "Kamu di pihak yang benar dan sesungguhnya mataku yang berdusta (Demi mengagungkan nama Allah).

Malik bin Dinar (seorang Wali Allah) ketika berjalan di kota Baghdad, beliau melihat seorang pemuda mabuk menyebut nama Allah SWT. Malik berkata: "Adakah wajar kalimah Allah SWT keluar dari mulut seorang yang mabuk? Lalu diambil secebuk air dan membasuh mulut lelaki itu. Ketika tidur beliau mendengar ucapan berbunyi: "Wahai Malik, kamu sudah membersihkan mulutnya kerana kami lalu kami bersihkan hatinya kerana mu. Ketika beliau memasuki sebuah masjid untuk menunaikan solat subuh, maka terpandang seorang lelaki sedang menangis. Apabila didekati itulah lelaki yang mabuk semalam. Malik bertanya: "Apakah gerangan kamu wahai saudara? Jawab lelaki itu: "Sesungguhnya yang memberi hidayah kepadaku sudah memberitahu mu mengenai aku semalam. Allahuakbar.

5 Melihat perkara yang diharamkan juga akan menghilangkan pahala puasa. Firman Allah SWT dalam sebuah hadis qudsi. "Pandangan adalah panahan beracun daripada pandangan iblis, sesiapa yang meninggalkannya kerana-Ku, akan Ku-gantikan padanya kemanisan iman di dalam hatinya. Sabda Nabi SAW kepada Saidina Ali: "Wahai Ali, tidaklah berlaku dua pandangan di mana pandangan pertama adalah untukmu dan pandangan yang kedua akan disoal oleh Allah SWT.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin