Tuesday, April 26, 2011

SELAMAT MENEMPUHI PEPERIKSAAN =)


Assalamualaikum wbt kepada semua pelajar tanpa asrama UTHM. Pejam pelik pejam pelik tanpa kita sedari kita sudah pun sampai ke hujung semester. Semester II adalah semester pendek yang amat padat dengan pelbagai tugasan, projek dan juga ujian. Semua pelajar terkejar-kejar untuk menyiapkan segala tugasan yang diberikan malah pensyarah juga amat sibuk sehingga terpaksa menangguhkan kelas dan menggantikannya pada study week.
Walaubagaimanapun, kita sudah pun sampai ke puncaknya iaitu minggu peperiksaan. Apa pun yang lepas jangan diingat tetapi jadikan pengajaran untuk berusaha lebih kuat. Lupakan markah ujian yang rendah, carry marks yang rendah tetapi mari kita sama-sama berusaha untuk score dalam peperiksaan akhir ini. Ingatlah bahawa Allah sentiasa memberi kejayaan setimpal dengan usaha yang dilakukan oleh hambanNya.
Namun begitu, walaupun kita terlalu sibuk dengan mengulangkaji pelajaran, jangan lupa untuk melakukan ibadah yang dituntut. Jagalah hubungan dengan Pencipta. Jangan lupa solat dan ibadah sunat yang lain. Allah akan ingat kita kalau kita sentiasa ingat Allah. InsyaAllah.... tidak lupa juga jagalah hubungan dengan ibu bapa dan rakan-rakan serta jaga kesihatan. Kesihatan adalah penting dan diharap semua menjaga kesihatan dan tidak terlalu obses dalam mengulangkaji pelajaran sehingga mengabaikan kesihatan sendiri. Akhir kata selamat menjalani peperiksaan akhir sem II 10/11. good luck semua dari JKPTA 10/11...=)


jangan jadi macam ni sudah....


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin