Objektif Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar UPSR ialah untuk memberi bimbingan dan motivasi ke arah pembelajaran cemerlang kepada pelajar untuk berjaya dalam pelajaran, Memperkenalkan JKPTA khasnya dan UTHM amnya kepada masyarakat dan sekolah dan Mempertingkatkan keterampilan pelajar SK Sungai Kajang.
Bertemakan ” “Sahsiah Terjulang Akademik Terbilang”,telah disertaikan oleh pelajar tahun 6 Sek. Keb. Sungai Kajang seramai 40 orang pelajar dan 20 orang fasilitator bagi menjalankan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK).Selain LDK aktiviti yang turut dilaksanakan semasa program adalah ceramah,motivasi,sukaneka, gotong royong serta bacaan Yassin yang dijayakan oleh semua pelajar dan ajk yang terlibat.
Dengan adanya program ini juga, ianya dapat memupuk dan mengeratkan silaturrahim sesama insan. Selain itu, diharapkan agar program ini akan dapat meningkatkan lagi hubungan baik antara pihak UTHM khususnya, dengan Sek. Keb. Sg. Kajang. Program ini juga diharapkan agar dapat membantu para pelajar JKPTA untuk mengenali sekolah yang akan menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka apabila menamatkan pengajian kelak. Selain itu juga, program ini juga diharapkan agar dapat membantu pihak SK Sg. Kajang untuk memperkenalkan sebuah lagi IPTA di Malaysia, iaitu UTHM kepada para pelajar mereka, sekaligus dapat meningkatkan lagi minat para pelajar untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

No comments:
Post a Comment