Saturday, August 15, 2009

[Program Motivasi Sg. Layar II ]




Program Motivasi Sg. Layar II ini adalah merupakan kesinambungan daripada program Sg.Layar I yang diadakan pada tahun yang lalu. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan suntikan Motivasi kepada Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sg.Layar, Sungai Petani, kedah khususnya kepada pelajar-pelajar tingkatan lima yang bakal menghadapi peperiksaan Sijil Penilaian Menengah pada tahun ini. Pihak Kelab Kejuruteraan elektrik dan Pelajar Tanpa Asrama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah bergandingan bahu dalam usahasama menjayakan program ini. Seramai 40 orang telah terpilih untuk mengikuti program ini dan dipecahkan kepada justifikasi tugas masing-masing

Seramai 100 orang pelajar Spm SMK sungai Layar telah menjalani program motivasi ini. Modus Operandi utama program ini adalah untuk memberikan motivasi dan suntikan semangat kepada pelajar-pelajar untuk persiapan mereka menjalani peperiksaan Spm kelak disamping para Fasilitator berkongsi pengalaman mereka mengenai cara pembelajaran mereka ketika masih dibangku sekolah lagi. Harapan kami adalah mengharapkan kepada pelajar-pelajar SPM sekolah ini dapat mendapat keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan Spm supaya curahan ilmu kami ini adalah tidak sia-sia. Sekian..

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin