Saturday, September 17, 2011

Break It Camp 2011

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia….

Satu kem telah diadakan di Kem Bina Semangat, Sekakap selepas peperiksaan akhir. Kem yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah disertai oleh 34 orang peserta dan 6 orang facilitator sebagai pembimbing. Kem ini diadakan adalah bertujuan untuk membina jati diri setiap peserta supaya sentiasa bersedia menghadapi pelbagai dugaan yang dating. Selain itu, kem ini juga bertujuan untuk memberi sedikit keseronokan kepada pelajar setelah selesai menghadapi peperiksaan akhir. Kem ini turut dihadiri oleh pengetua PTA, Tn Hj Ali Bin Suradin dan staf PTA. kem yang diadakan ini merupakan program terakhir yang dibuat oleh JKPTA 2010/2011.

Pelbagai aktiviti telah diisi di dalam kem ini diantaranya adalah flying fox, berakit, jungle tracking, explorace dan aktiviti santai barbeque. Kem ini telah lama dirancang namun oleh kerana terdapat kekangan yang tidak dapat dielakkan, kem ini telah ditunda pada akhir peperiksaan. Namun begitu, kami amat berpuas hati kerana walaupun kem ini diadakan selepas peperiksaan akhir, masih ada pelajar yang menyertai kem ini.

Diharap kem yang telah dijalankan ini dapat memberi impak yang besar kepada peserta dalam mengharungi perjalanan yang masih panjang ini. Terima kasih kepada semua peserta yang terlibat dalam menjalankan kem ini. diharap juga kem seperti ini diperbanyakkan untuk membina jati diri serta kemahiran insaniah para pelajar. Sekian sahaja daripada JKPTA. JKPTA untuk PTA.








1 comment:

lisa steve said...

The quality of your articles and contents is great. <a href="http://senuketngreview2018.com>SEnuke TNG Pro Version</a>

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin