Monday, September 12, 2011

Sukan Bersama Masyarakat Taman Jaya

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia….

Biro sukan dan rekreasi berkerjasama dengan jawatankuasa Taman Maju telah mengadakan sukan bersama masyarat untuk mengeratkan lagi hubungan antara pelajar UTHM dan juga masyarakat sekeliling. Masyarakat inilah yang menjadi mata kepada pelajar tanpa asrama. Merekalah yang sedikit sebanyak menjaga pelajar-pelajar ini. Sukan bersama masyarakat ini telah berlangsung di Taman Jaya selama satu hari. Antara aktiviti yang diadakan adalah sukaneka dan bola sepak.

Sambutan pada hari tersebut adalah amat menggalakkan. Sokongan dari warga taman amat menggalakkan. Pelbagai peringkat usia telah dating bersama-sama untuk memeriahkan lagi acara yang diadakan. Namun begitu, sambutan daripada pihak pelajar tanpa asrama disekitar taman agak kurang. Pelajar-pelajar ini sepatutnya datang untuk mengeratkan lagi hubungan antara mereka.

Aktiviti seperti ini haruslah diteruskan lagi setiap tahun di kawasan yang berlainan agar masyarakat tahu bahawa pelajar-pelajar juga dapat bergaul mesra dan memberi kerjasama dengan masyarat sekeliling. Peluang ini perlu diambil oleh para pelajar kerana merekalah yang saudara terdekat yang akan membantu kita jika dalam kesusahan. Sekian.











No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin