Sunday, September 11, 2011

Minggu Pelajar Tanpa Asrama 2011

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia…

Minggu Pelajar Tanpa Asrama telah berlangsung pada 24-27 Mac 2011 dengan pelbagai aktiviti dijalankan. Program ini adalah program yang julung kali diadakan dan diharap dapat menjadi program tahunan bagi organisasi Pelajar Tanpa Asrama. Minggu PTA ini berlangsung adalah untuk memperkenalkan PTA kepada seluruh warga UTHM dimana wujudnya organisasi yang mengurus kebajikan pelajar-pelajar yang tidak menetap di mana-mana kolej kediaman. Program ini juga berlangsung untuk memperkenalkan dan membuktikan bahawa organisasi dan jawatankuasa Pelajar Tanpa Asrama juga mampu untuk menjalankan program sendiri demi untuk pelajar.

Program ini telah berlangsung selama empat hari bermula dari khamis sehinggalah hari ahad. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah pertandingan memasak, pertandingan makan, motor show, futsal dan gerai-gerai jualan. Sambutan daripada warga UTHM adalah amat menggalakkan. Ramai pelajar yang menyertai pertandingan yang dijalankan dan memenangi hadiah yang lumayan.

Majlis penutup telah berlangsung pada hari ahad dan dirasmikan oleh pengetua Pelajar Tanpa Asrama iaitu Tn Hj Ali Bin Suradin. Pengetua sendiri amat berpuas hati dan gembira dengan kelancaran dan sambutan program Minggu Pelajar Tanpa Asrama ini. Harapan pengetua agar program sebesar ini dapat dijadikan program tahunan kepada organisasi Pelajar Tanpa Asrama. Diharap dengan adanya program seperti ini dapatlah mendekatkan lagi hubungan antara jawatankuasa Pelajar Tanpa Asrama dengan warga UTHM. Sekian dari JKPTA. “JKPTA untuk PTA”












No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin