Saturday, September 17, 2011

Malam Dirimu Dihargai

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia…

Malam dirimu dihargai adalah satu majlis yang diadalan sempena menghargai jasa-jasa jawatankuasa, rakan biro serta pelajar tanpa asrama yang sentiasa memberikan sumbangan serta bekerjasama dalam menjalankan program dan aktiviti. Majlis yang diadakan di bilik jamuan DTII ini turut dihadiri oleh Prof Ir Dr Amir Hashim Bin Mohd Kassim, pengetua PTA, felo-felo, JKPTA serta pelajar tanpa asrama. majlis makan malam PTA ini bertemakan 'Black and White'.

Majlis ini telah diserikan lagi dengan persembahan nyanyian daripada pelajar serta staf. Majlis ini merupakan majlis terakhir bagi jawatankuasa pelajar tanpa asrama 2010/2011 yang telah banyak menyumbang tenaga dalam menjalankan program serta segala kebajikan pelajar tanpa asrama. Pada malam tersebut juga diadakan penyampaian hadiah serta cenderahati kepada biro-biro yang aktif. terdapat juga pelbagai anugerah untuk para hadirin. salah satunya adalah anugerah pakaian terbaik lelaki yang dimenangi oleh Muhammad Faizan Bin Jantan.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah meyumbangkan tenaga serta idea dalam organisasi Pelajar Tanpa Asrama. Diharap semua yang telah dibuat oleh kami sedikit sebanyak dapat memberi perubahan kepada pelajar semua. Sekian daripada JKPTA,JKPTA untuk PTA.











No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin