Wednesday, September 21, 2011

SETAHUN BERSAMA....


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia...

Sedar tak sedar sudah setahun kami bersama jkpta. Segala pahit manis telah dilalui dan diharungi bersama-sama. Bermula dengan program kepimpinan harapan sehinggalah majlis makan malam, semuanya diharungi bersama. Rasa sedih pula untuk meninggalkan orgabisasi pelajar tanpa asrama ini. Namun, perjuangan yang lebih penting perlu didahulukan. Kami amat berharap semua pelajar tanpa asrama dapat merasai tidak banyak sedikit sumbangan dari kami. Kami telah memberikan sumbangan yang termampu untuk pelajar tanpa asrama. Walaupun kita semua tidak tinggal didalam satu kawasan yang sama, tapi kita tetap pelajar tanpa asrama dan kami semua ada untuk membantu anda. InsyaAllah....

kini semua tugas akan diserahkan kepada jkpta yang baru. diharap jkpta yang baru dapatlah menjalankan tugas yang lebih baik dari kami. kami juga ingin meminta mohon maaf jika ada melakukan kesilapan ataupun tidak dapat menjalankan tugas dengan baik sepanjang penglibatan kami. Akhir kata, selamat maju jaya untuk semua. Semoga kita semua menjadi yang terbaik antara yang terbaik..amin...
video

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin